Siaran Langsung Aktiviti Sambutan Hari Kebangsaan China dalam Laman Web

Saudara saudari yang dihormati,
Siaran langsung aktiviti sambutan ulang tahun ke-60 penubuhan Republik Rakyat China melalui video dan gambar
dalam bahasa Melayu akan dilancarkan pada pagi 1 Oktober.
Saudara-saudari yang mahu menyaksikan detik bersejarah ini boleh melayari laman web: malay.cri.cn
Setelah menyaksikan program itu, bolehkah anda menulis sedikit sebanyak huraian tentangnya,
serta kata-kata untuk memohon restu kepada rakyat dan negara China?
Terima kasih.

Salam mesra dari Beijing
Bahagian Bahasa Melayu, CRI

—————————
sumber : email dari bahagian bahasa Melayu CRI mal@cri.com.cn yang diterima admin blog ini melalui gmail pada Senin 28/09/2009 jam 12:50

Selamat Hari Raya Aidilfitri Dari Seksi Bahasa Melayu China Radio International

Saudara dan saudari yang dikasihi :

Hari Raya Aidilfitri disambut meriah di Beijing China baru-baru ini. Niujie merupakan kawasan yang didiami penduduk Islam yang paling ramai di Beijing. Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, pelbagai aktiviti diadakan di kawasan itu termasuk pameran budaya Islam China, pesta Makanan Ringan dan pertandingan catur. Wartawan Bahagian Bahasa Melayu CRI mengadakan wawancara di Niujie pada hari raya itu dan melaporkan menerusi video. Silalah menonton suasana yang meriah di kawasan Niujie pada Hari Raya Aidilfitri dengan melayari laman web http://malay.cri.cn/

dan mms://media.cri.cn/v/malaixiya090922103.wmv

————————–

Sumber : Forwad email dari rekan Hynd yang baik hati, Email tersebut dikirim kepada rekan Hynd oleh Bahagian (Seksi) Bahasa Melayu China Radio International (CRI) pada 23 Sep 2009 jam 4:54pm. Diforward kepada admin blog ini pada Jumat 25/09/2009 jam 16:19.
Alamat email Seksi Bahasa Melayu CRI :
mal@cri.com.cn