Kontes CRI : “Saya Ingin Melancong ke Sichuan”–Pertandingan Kemahiran Kesenian Anjuran Radio Antarabangsa China (CRI)”

Saudara,

Mulai dari 1 Januari hingga 1 Julai tahun 2010, CRI menganjurkan program “Saya Ingin Melancong ke Sichuan”–Pertandingan Kemahiran Seni yang dilaksanakan melalui makalah yang ditulis, gambar, lukisan dan hasil ciptaan kraf tangan yang dihasilkan oleh para peserta untuk menyatakan pandangan mereka tentang sumber pelancongan di Sichuan.

Silalah menyertai aktiviti tersebut menerusi laman web:

http://malay.cri.cn/other/10sichuan/index.htm

Terimakasih

—————————————-

kontes sichuan CRI

Dalam laman web CRI Melayu dapat dibaca detil mengenai kontes kemahiran seni yang menarik ini :

“Saya Ingin Melancong ke Sichuan”–Pertandingan Kemahiran Kesenian Anjuran Radio Antarabangsa China (CRI)”

Tarikh program:
1 Januari sehingga 1 Julai 2010.

Kategori hadiah:
10 hadiah khas akan dikeluarkan untuk 10 pemegang yang dipilih dari semua siaran bahasa di CRI. Ini terdiri daripada 4 hadiah khas bagi penulisan makalah, 3 hadiah khas bagi bidang fotografi dan 3 hadiah khas bagi bidang lukisan. Semua pemegang hadiah khas ini akan diberi peluang melancong ke Provinsi Sichuan China secara percuma pada bulan Sepetember tahun 2010. Program ini juga menawarkan “Hadiah Pertama”, “Hadiah Kedua” dan “Hadiah Ketiga”.

Acara Pertandingan:
Pertandingan kemahiran seni ini mengandungi tiga bahagian, iaitu penulisan makalah, fotografi, serta lukisan dan hasil kraf tangan. Saudara pendengar boleh memilih satu bahagian atau beberapa bahagian dalam pertandingan ini mengikut minat dan keupayaan masing-masing.

Peraturan Pertandingan:
Penulisan makalah (solicit articles): Jika anda pernah melancong ke Provinsi Sichuan, bolehlah menulis makalah untuk mengenang kembali perasaan anda pada ketika itu. Jika anda tidak pernah melancong ke sana, anda juga boleh menulis makalah untuk menyatakan apa anda ingin melancong ke sana atau menceritakan bagaimanakah Provinsi Sichuan dalam bayangan anda.
Syarat: makalah itu boleh ditulis dengan sebarang bentuk, termasuk syair. Panjang makalah ini juga tidak dihadkan. Pastikan maklumat yang lengkap diberikan termasuk tajuk makalah, nama penulis, kewarganegaraan dan alamat pos serta e-mel bersama makalah tersebut.

Fotografi: Anda boleh mengirimkan gambar-gambar yang dianggap cantik dan mengagumkan yang diambil di Provinsi Sichuan untuk menunjukkan kemahiran anda dalam bidang fotografi dan menceritakan tentang bagaimana anda mengambil gambar tersebut.
Syarat: Setiap karya foto tidak boleh melebihi 5M. Gambar tersebut mesti diambil oleh peserta sendiri. Anda boleh mengirim sekeping gambar atau beberapa keping gambar dalam satu siri, bersama dengan cerita tentang bagaimana anda mengambil gambar tersebut. Pastikan maklumat yang lengkap diberikan termasuk tajuk gambar, nama jurugambar, kewarganegaraan, pengenalan ringkas tentang gambar (seperti kandungan, tarikh dan tempat) dan alamat pos serta e-mel bersama gambar tersebut.

Lukisan dan Hasil kraf tangan: Anda boleh mengirim kepada CRI lukisan anda tentang pemandangan di Sichuan atau hasil ciptaan kraf tangan yang berkaitan yang dibuat.
Syarat: Pastikan maklumat yang lengkap diberikan termasuk tajuk lukisan atau hasil ciptaan kraf tangan, nama peserta, kewarganegaraan, pengenalan ringkas tentang karya yang dikirim.

Cara penyertaan: Sertai aktiviti ini dengan menghantar makalah, gambar dan lukisan melalui e-mel Bahagian Bahasa Melayudi alamat: mal@cri.com.cn, atau kirimkan karya anda ke alamat: Malay Service, CRI-18 China Radio International, P.O. Box 4216, Beijing P.R. China 100040

>> disudut kanan bawah laman web ini terdapat tombol untuk mendaftar mengikuti kontes ini, setelah mendaftar, nama dan password dapat digunakan untuk login mengikuti kontes ini dengan mengupload image  karya-karya fotografi, tulisan makalah, atau lukisan (kerajinan) sesuai tema kontes. Satu file karya maksimal berukuran 2 mb dan semua karya yang dikirim (jika lebih dari satu maksimal 50mb

————————-

Sumber : Email dari CRI Malay kepada penulis pada Jumat 29/01/10 jam 14.51 dan situs web CRI Bahasa Melayu di http://malay.cri.cn/other/10sichuan/index.htm

Bahagian Bahasa Melayu CRI